Halaman

Friday, December 7, 2012

Unta Mengadu Kepada Rasulullah




Assalamualaikum



Pada suatu hari , Rasulullah S.A.W. mempunyai urusan di luar rumah. Baginda keluar dengan menaiki unta dengan ditemani oleh Abdullah bin Ja’afar yang membonceng untanya di belakang. Kira-kira agak jauh meninggalkan rumah, unta yang ditunggangi Rasulullah dan Abdullah melalui pagar sebuah rumah orang Ansar. Apabila sampai di depan pagar rumah itu, Rasulullah terdengar suara seekor unta seolah-olah sedang mengeluh. Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah seolah-olah sedang merintih dan meminta pertolongan. Kelopak mata unta itu basah seperti sedang menangis.

Rasulullah pun turun lalu mengusap-usap kepala unta itu kemudian ke belakang telinga unta itu. Untuk beberapa ketika, unta itu diam dan tidak gelisah seperti tadi. Rasulullah dan Abdullah memerhatikan sekeliling. “Siapakah pemilik unta ini?” Tanya Rasulullah dengan harapan ada orang mendengar pertanyaannya itu. Tidak lama kemudian, muncul seorang pemuda Ansar daripada rumah yang berpagar itu. “Sayalah pemilik unta ini,”katanya kepada Rasulullah sambil menghampiri untanya.



Rasulullah menghampiri pemuda itu dan bertanya “Tidakkah engkau takut kepada Allah kerana unta yang Allah peruntukkan ini kamu biarkan kelaparan dan keletihan?”. Pemuda itu terkejut apabila Rasulullah memberitahu perkara itu. “Benarkah ya Rasulullah?Sesungguhnya saya tidak mengetahuinya,”ujar pemuda tersebut. “Selepas ini pastikan unta ini diberi makan,minum dan biarkan berehat . Jangan kamu menderanya untuk melakukan kerja-kerja yang di luar kemampuannya,”pesan Rasulullah kepada lelaki Ansar itu.

Pemuda itu mengaku akan kesilapannya dan berterima kasih kepada Rasulullah kerana memberitahu perkara itu. Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah menceritakan “Seorang wanita diseksa kerana menahan seekor kucingnya daripada makan sehingga kucingnya mati kelaparan dan wanita itu masuk ke dalam neraka ”. Kemudian Allah memberitahu Rasulullah, “Dia tidak memberikan makan dan minum sepanjang kucing itu dipelihara dan dia juga tidak membenarkan kucing itu mnecari makanan sendiri.”

MORAL SIRAH : BEGITU KASIHNYA RASULULLAH BUKAN SAHAJA KEPADA SESAMA MANUSIA TETAPI JUGA KEPADA HAIWAN. MALAH, ALLAH JUGA TIDAK MENYUKAI ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN ZALIM TERHADAP BINATANG KERANA IA JUGA MERUPAKAN MAKHLUK ALLAH YANG PERLU DIJAGA. SEHUBUNGAN ITU MANUSIA TELAH DIPERTANGGUNGJWABAKAN UNTUK MEMBELA DENGAN SEBAIKNYA DAN BUKAN UNTUK DIANIAYA.

SUMBER  AND KREDIT TO :  dara.com




5 comments:

Fzda said...

Hmmm. muhasabah diri kita. :)

Sarip Kumbang said...

perkongsian yg baik.

Unknown said...

yup .. :)

Unknown said...

Hehehehe .. :)

Gudang Liong said...

mbak follback blog saya > http://liong-seo.blogspot.com/ saya udh follow di blog sobat, dengan nama liong outsider, ditunggu follbacknya, awas klo ndak follback, hehehe, makasi