Assalamualaikum
Pada
suatu hari , Rasulullah S.A.W. mempunyai urusan di luar rumah. Baginda keluar
dengan menaiki unta dengan ditemani oleh Abdullah bin Ja’afar yang membonceng
untanya di belakang. Kira-kira agak jauh meninggalkan rumah, unta yang ditunggangi
Rasulullah dan Abdullah melalui pagar sebuah rumah orang Ansar. Apabila sampai
di depan pagar rumah itu, Rasulullah terdengar suara seekor unta seolah-olah
sedang mengeluh. Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah seolah-olah
sedang merintih dan meminta pertolongan. Kelopak mata unta itu basah seperti
sedang menangis.
Rasulullah
pun turun lalu mengusap-usap kepala unta itu kemudian ke belakang telinga unta
itu. Untuk beberapa ketika, unta itu diam dan tidak gelisah seperti tadi.
Rasulullah dan Abdullah memerhatikan sekeliling. “Siapakah pemilik unta ini?” Tanya Rasulullah dengan
harapan ada orang mendengar pertanyaannya itu. Tidak lama kemudian, muncul
seorang pemuda Ansar daripada rumah yang berpagar itu. “Sayalah pemilik unta ini,”katanya kepada Rasulullah
sambil menghampiri untanya.
Rasulullah
menghampiri pemuda itu dan bertanya “Tidakkah
engkau takut kepada Allah kerana unta yang Allah peruntukkan ini kamu biarkan
kelaparan dan keletihan?”.
Pemuda itu terkejut apabila Rasulullah memberitahu perkara itu. “Benarkah ya
Rasulullah?Sesungguhnya saya tidak mengetahuinya,”ujar pemuda tersebut. “Selepas ini pastikan unta ini
diberi makan,minum dan biarkan berehat . Jangan kamu menderanya untuk melakukan
kerja-kerja yang di luar kemampuannya,”pesan
Rasulullah kepada lelaki Ansar itu.
Pemuda
itu mengaku akan kesilapannya dan berterima kasih kepada Rasulullah kerana
memberitahu perkara itu. Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah menceritakan
“Seorang wanita diseksa kerana menahan seekor kucingnya daripada makan sehingga
kucingnya mati kelaparan dan wanita itu masuk ke dalam neraka ”. Kemudian Allah
memberitahu Rasulullah, “Dia tidak memberikan makan dan minum sepanjang kucing
itu dipelihara dan dia juga tidak membenarkan kucing itu mnecari makanan
sendiri.”
MORAL
SIRAH : BEGITU KASIHNYA RASULULLAH BUKAN SAHAJA KEPADA SESAMA
MANUSIA TETAPI JUGA KEPADA HAIWAN. MALAH, ALLAH JUGA TIDAK MENYUKAI ORANG YANG
MELAKUKAN PERBUATAN ZALIM TERHADAP BINATANG KERANA IA JUGA MERUPAKAN MAKHLUK
ALLAH YANG PERLU DIJAGA. SEHUBUNGAN ITU MANUSIA TELAH DIPERTANGGUNGJWABAKAN
UNTUK MEMBELA DENGAN SEBAIKNYA DAN BUKAN UNTUK DIANIAYA.
SUMBER AND KREDIT TO : dara.com
5 comments:
Hmmm. muhasabah diri kita. :)
perkongsian yg baik.
yup .. :)
Hehehehe .. :)
mbak follback blog saya > http://liong-seo.blogspot.com/ saya udh follow di blog sobat, dengan nama liong outsider, ditunggu follbacknya, awas klo ndak follback, hehehe, makasi
Post a Comment