Halaman

Monday, August 6, 2012

GURU YANG IDEAL


Assalamualaikum ..
Hari ney saje je nak taip semula karangan ..
Haha ! Awsome ! Cam xd keja len .. And ...
Cam x der benda len nak taip ..
Sokey2 .. Kutuk lah selagi mampu ~ huhu ..
Bagi sape2 yang pening2 nak tulis karangan tajuk guru ney ,
boleh lah refer pade teks ney .. 
Helllooooo !!!! HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH ALIA AZ oke ??
Aku tak copy paste mane2 majalah , akhbar mahupon suratkhabar , artikal ?
Ouh ! NOOOO !! 
Tak baik tuh !!! :) hehe .. :)
Selamat Membaca ! :)


~ Guru Yang Ideal ~
          Profesion perguruan merupakan pekerjaan yang sangat mulia . Guru yang bijaksana harus mempunyai kerangka kerja yang jelas agar transformasi pengajaran lebih berkesan dan pelajar akan terdidik menjadi insan berwatak mulia .
          Guru yang ideal harus mempunyai nilai keakraban , telus dan peka terhadap indeks prestasi anak didiknya . Komunikasi yang baik seperti kata-kata perangsang , nasihat , tunjuk ajar mahupun sentuhan akan mencetuskan emosi tenang serta membangkitkan aura positif antara guru dan pelajarnya .
          Guru yang prihatin menggalas tanggungjawab dan bebanan tugas dengan ikhlas . Kredibiliti guru akan terserlah apabila sama-sama turun padang merangka program yang bermanfaat . Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia , guru perlulah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan , solat hajat , motivasi percuma , bacaan doa dan al-Quran . Program anjuran sekolah sewaktu cuti amat mengharapkan kehadiran guru dalam memastikan kecemerlangan anak didik mereka . Pengorbanan guru berwatak cemerlang akan meningkatkan kecemerlangan para pelajar , masyarakat , sekolah dan negara .
          Di kawasan pendalaman , kekentalan jiwa para guru amat dibanggakan . Kepayahan mengharungi komuniti asing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi . Mereka melakukan aktiviti sosial tanpa mengira sempadan agama dan bangsa . Aktiviti ini menjadi penanda aras kepada perkembangan minda pelajar pelbagai etnik di pedalaman dalam mengikuti arus pemodenan .
          Kecanggihan teknologi di hujung jari amat merisaukan ibubapa . Guru yang peka akan membimbing anak didiknya memilih unsur positif agar pertumbuhan jiwa seimbang dengan pengukuhan rohani dan jasmani . Bimbingan dan penerapan nilai agama penting untuk membentuk sahsiah diri . Guru juga perlu berwatak adil dalam mengklasifikasikan anak didiknya . Guru yang ideal harus berusaha dengan pelbagai kaedah agar pelajar yang lemah tidak keciciran .
          Gabungan peranan dan pengorbanan guru serta sokongan ibubapa adalah amat diperlukan bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama . Kejayaan para pelajar merupakan manifestasi perwatakan guru yang merupakan agen perubahan sosial masyarakat dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 .

FARAH ALIA SURAYA BINTI AZMAN
SMK BANDAR MAHARANI
DEWAN SISWA – BULAN JULAI 2011 (CETUSAN PENDAPAT)

Tuh picture aku mase ..... kola rendah kot ~ kelako !! haha
Jangan tawa an orang lah ! hehe .. :)

No comments: